1. Apakah fungsi utama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?*
2. Akta manakah yang mengawal kerja-kerja pembinaan bangunan?*
3. Apakah tujuan utama Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)?*
4. Apakah nama rasmi kerajaan tempatan di Kuantan?*
5. Siapakah yang mengetuai pentadbiran MBK?*
6. PBT berada di bawah bidang kuasa mana?*
7. Antara berikut, yang manakah merupakan salah satu fungsi Jabatan Kejuruteraan di Pihak Berkuasa Tempatan?*
8. Apakah maksud 'lesen PBT'?*
9. Siapakah yang memperkenalkan konsep “Wawasan 2020” bagi mencapai negara maju?*
10. Akta yang menjadi asas penubuhan Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia ialah:*
11. Kumpulan orang asli daripada kumpulan Negrito yang mendiami beberapa Kawasan pedalaman di Perak?*
12. Istana kellie merupakan salah satu tarikan di Malaysia yang terletak di negeri*
13. Apakah nama syarikat teknologi terbesar di Korea Selatan?*
14. Kuasa asing yang menjajah Tanah Melayu selepas Jepun?*
15. Warna kuning dan biru bergabung menghasilkan warna*
16. Ibu negara bagi negara Denmark ialah *
17. Bulan pertama dalam kalendar Islam *
18. Contoh negara dalam benua Asia termasuklah *
19. Siapakah nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama?*
20. Apakah bahan utama dalam pembuatan kaca?*
21. Apakah nama dokumen yang menjadi asas kepada pembentukan Malaysia pada tahun 1963?*
22. Apakah nama rasmi lagu Kebangsaan Malaysia*
23. Kuantan telah diisytiharkan sebagai Majlis Bandaraya pada tahun:*
24. Agensi yang bertanggungjawab merancang guna tanah di peringkat negeri:*
25. Kerajaan tempatan seperti Majlis Bandaraya Kuantan diberi kuasa melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976. Namun, dalam konteks pembangunan bandar mampan, akta lain juga terpakai. Antara berikut, manakah gabungan akta yang paling relevan? *
26. Antara berikut, yang manakah TIDAK termasuk dalam peranan utama Majlis Bandaraya Kuantan?*
27. Seorang Penolong Jurutera diberi tanggungjawab mengetuai pasukan kecil dalam projek naik taraf jalan perbandaran. Apakah gaya kepimpinan paling sesuai untuk memastikan projek siap tepat masa dengan bajet terhad?*
28. Seorang kontraktor cuba “membodek” anda dengan menjemput ke majlis makan malam mewah sebagai tanda terima kasih. Berdasarkan prinsip integriti perkhidmatan awam, tindakan yang PALING tepat ialah:*
29. Mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993, pegawai awam yang didapati bersalah menerima rasuah boleh dikenakan hukuman:*
30. Apabila menghadiri mesyuarat rasmi, seorang pegawai awam perlu mengutamakan kepentingan jabatan berbanding kepentingan individu. Prinsip ini selari dengan nilai utama dalam Perkhidmatan Awam iaitu:*
31. Dalam mesyuarat projek pembinaan dewan serbaguna, anda sebagai Penolong Jurutera MBK mendapati kontraktor cuba mengurangkan spesifikasi bahan untuk menjimatkan kos, tetapi masih menuntut bayaran penuh. Tindakan yang wajar ialah:*
32. Jika berlaku banjir kilat di Kuantan akibat longkang tersumbat, apakah peranan Penolong Jurutera MBK dalam pengurusan krisis?*
33. Salah satu cabaran utama Kuantan sebagai bandar pesisir ialah risiko banjir dan hakisan pantai. Jika anda Penolong Jurutera MBK, dasar yang paling tepat untuk menyokong daya tahan bandar (resilience) ialah:*
34. Seorang pegawai menerima panggilan daripada ahli perniagaan yang rapat dengan seorang ahli politik, meminta agar permohonan pelan bangunan diluluskan lebih cepat. Pegawai itu menolak, tetapi kemudian menerima tekanan daripada ketuanya sendiri. Apakah tindakan yang selari dengan prinsip integriti?*
35. Dalam situasi penilaian tender, seorang Penolong Jurutera mendapati salah satu syarikat menawarkan harga rendah tetapi mempunyai rekod kegagalan projek lalu. Antara tindakan berikut, yang manakah paling tepat dari sudut etika dan tadbir urus?*
36. Sebagai ketua pasukan kecil di MBK, anda mendapati ahli pasukan anda mempunyai kepakaran teknikal yang tinggi tetapi kurang disiplin (sering lewat). Apakah gaya kepimpinan yang paling sesuai?*
37. Dalam mesyuarat projek, dua kontraktor bertengkar tentang tanggungjawab kerja yang bertindih. Sebagai Penolong Jurutera, apakah pendekatan terbaik?*
38. Seorang pegawai ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah, tetapi kes masih dalam siasatan. Mengikut Kaedah-Kaedah Pegawai Majlis Bandaraya Kuantan (Kelakuan dan Tatatertib) 2021, tindakan yang boleh diambil oleh majikan ialah:*
39. “Natural justice” dalam tatatertib penjawat awam menuntut dua prinsip utama. Antara berikut, yang manakah betul?*
40. Seorang pegawai teknikal bawahan anda sangat cekap tetapi sering lewat hadir kerja. Sebagai ketua, tindakan yang paling sesuai ialah:*
41. Dalam mesyuarat projek, kontraktor mendakwa spesifikasi teknikal terlalu ketat sehingga menambah kos. Tindakan anda sebagai Penolong Jurutera ialah:*
42. Jika berlaku banjir kilat, peranan utama Penolong Jurutera MBK ialah:*
43. Dalam pasukan kerja, berlaku konflik antara dua ahli yang menjejaskan kelancaran projek. Sebagai ketua kumpulan kecil, tindakan wajar ialah:*
44. Ciri komunikasi berkesan seorang pemimpin termasuklah:*
45. Antara berikut, yang manakah termasuk dalam peranan Penolong Jurutera di PBT?*
46. Apakah maksud ‘Provisional Sum’ dalam Bill of Quantities?*
47. Dalam kontrak PAM 2006, siapakah yang bertanggungjawab mengeluarkan Sijil Interim Bayaran?*
48. Apakah dokumen utama yang mengikat kontraktor dan majikan dalam sesuatu projek?*
49. Apakah tujuan utama klausa ‘Liquidated and Ascertained Damages’ (LAD) dalam kontrak?*
50. Sekiranya berlaku pertikaian kontrak, apakah kaedah penyelesaian yang biasanya digunakan terlebih dahulu?*