PEMBANTU PENGUATKUASA KP1

No Kad Pengenalan

1. Jawatan tertinggi dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan?

2. Yang manakah merupakah kategori Mahkamah Bawahan?

3. Perkara-perkara di bawah adalah termasuk di dalam Senarai Persekutuan KECUALI

4. Apakah perkataan jawi (cogan) yang terdapat di Jata Negeri Pahang

5. Berikut adalah syarat-syarat bagi pengesahan seseorang pegawai KECUALI

6. Seorang anggota penguatkuasa telah mengeluarkan notis kesalahan dan kompaun atas kesalahan di bawah perintah 4 Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) MPK (2005) kerana meletakkan kenderaan selain daripada petak yang disediakan. Notis dan kompaun tersebut diselitkan pada wiper kenderaan dan tiba-tiba seorang individu menghampiri anggota penguatkuasa tersebut merayu untuk kompaun tersebut dibatalkan atas alasan beliau baru sahaja meletakkan kenderaan beliau di tempat tersebut. Antara yang berikut yang manakah tindakan yang sewajarnya oleh anggota tersebut.

7. Yang manakah antara berikut bukan kategori di bawah cuti tanpa rekod

8. Yang manakah antara berikut merupakan sebab mengapa aktiviti menjaja perlu mendapatkan lesen dari MB?

9. Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

10. Yang manakah bukan tempat pelancongan di Kuantan?

11. Terdapat berapa Majlis Perbandaran dalam Pahang ?

12. Bagaimanakah corak Dasar Luar Malaysia Ketika di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj?

13. Jabatan Kerajaan hendaklah mematuhi dan melaksanakan piawaian dan prosedur Pengurusan Rekod Awam yang ditetapkan oleh:-

14. Abu Bakar membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Abu Bakar dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakah gaji baru yang akan diperolehinya :-

15. Berapakah bilangan PBT yang terdapat di Malaysia sekarang?

16. Pemasangan CCTV di dalam Kawasan Majlis didapati amatlah berkesan bagi menangani kejadian salahlaku dan jenayah. Berikut merupakan tempat yang patut disediakan CCTV KECUALI :-

17. Siapa mencipta Enjin Wap?

18. Puan Syuhada telah membakar sampah di kawasan rumah beliau dan jiran beliau telah membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Kuantan untuk diambil tindakan. Undang-undang yang sesuai bagi kesalahan Puan Syuhada adalah:-

19. Encik Ali Pembantu Tadbir Gred N19 dan telah mendapat tawaran untuk menunaikan haji. Encik Ali layak mengambil cuti haji kerana:-

20. Siapakan Bapa Perpaduan Malaysia ?

21. Berdasarkan carta organisasi MBK, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Keselamatan berada di bawah Jabatan: -

22. Berapakah umur yang layak bagi seseorang untuk bekerja di premis rumah urut?

23. Seorang kakitangan akan dikenakan tindakan jika didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib. Berapakah jumlah tindakan yang boleh dikenakan sepertimana panduan dalam Bab D.

24. Berapakah jumlah Pihak Berkuasa Tempatan yang ditubuhkan dalam Negeri Pahang?

25. Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli dalam Dewan Negara

26. Datuk Bandar Kuantan telah mengarahkan anggota penguatkuasa Inspektor Othman untuk mengeluarkan kompaun ke atas pemandu lori CAQ7117 kerana kesalahan meletak kenderaan berat di kawasan perumahan. Akta mana yang boleh digunakan untuk mensabitkan kesalahan tersebut?

27. Dasar Sosial Negara mempunyai objektif utama seperti berikut KECUALI?

28. Siapakah Menteri Pertahanan kini?

29. Sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan ditubuhkan dibawah akta:-

30. Pada 20 Januari 1874, satu perjanjian telah ditandangani dan ia telah menjadi titik tolak kepada peluasan jajahan British ke atas Tanah Melayu. Apakah nama perjanjian tersebut?

31. Pihak Berkuasa Tempatan adalah terletak dibawah bidang kuasa

32. Apakah Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Kuantan?

33. Siapakah DUN Benta?

34. Dalam sebuah tadika terdapat seramai 40 murid. 40% telah mendapat penyakit kaki mulut dan tangan. 1/4 daripadanya sihat dan selebihnya demam. Berapakah jumlah kanak-kanak yang demam?

35. Apakah nama Menara Kuantan?

36. Apakah maksud warna hitam pada bendera negeri Pahang?

37. Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain billah di lantik sebagai KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertua Agong ke XVI. Pada tarikh bila perlantikan beliau ?

38. Apakah jenis penyakit berjangkit yang boleh menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang Dikuaratinkan?

39. Yang manakah antara berikut merupakan peranan penguatkuasaan dalam kawasan pentadbiran sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan?

i. Memastikan kesejahteraan dan kesentosaan penduduk dalam lokaliti.

ii. Memastikan masyarakat hidup dalam keadaan teratur dan mengikut peraturan

iii. Meningkatkan kesederan sivik di kalangan penduduk

iv. Sebagai sumber pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan

 

40. Al-Marhum Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong pada 26 April 1979 hingga 25 April 1984, Beliau merupakan Yang Dipertuan Agong yang ke berapa ?

41. Berapakah tempoh kemudahan Cuti Menjaga Anak yang Dikuaratinkan?

42. Sungai apakah yang terpanjang di Malaysia?

43. Di negeri manakah terletaknya Pulau Pangkor?

44. Adat pepatih berasal dari negeri …….

45. 256, 2 128, 4, 64, 8, 32 , ?

46. 31 Ogos 1957 telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya perintahan Persekutuan Tanah Melayu telah diserahkan daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu. Dimanakah peristiwa bersejarah bagi Negara Malaysia ini telah dilakarkan?

47. Dari lima di bawah ini, mana yang paling tidak seperti empat lainnya:

48. Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah merupakan Sultan Pahang yang ke berapa?

49. Jika EEFFFEEEFFFF =556665556666 maka EFEFE=?

50. Kuasa pentadbir tertinggi bagi sesebuah daerah ialah ……….