-
JAWATAN 14 – PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H1
-
Warganegara Malaysia
-
Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan
-
Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki Sijil dalam bidang Kejuruteraan Awam / Binaan Bangunan
a)
SYARAT LANTIKAN
Kelayakan Masuk
:
Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
Bidang / Kelayakan Khusus
:
Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Gaji Permulaan
:
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00).
ATAU
Kelayakan Masuk
:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
Bidang / Kelayakan Khusus
:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan
:
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00).
ATAU
Kelayakan Masuk
:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kompetensi
Bidang / Kelayakan Khusus
:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan
:
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00).
ATAU
Kelayakan Masuk
:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
Bidang / Kelayakan Khusus
:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan
:
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,622.00).
ATAU
Kelayakan Masuk
:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kompetensi
Bidang / Kelayakan Khusus
:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan
:
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,622.00).
DAN
Syarat Bahasa Melayu
:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
b)
PERUNTUKAN LAIN
Peruntukan (KPSL)
:
Tiada
KPSL dari
:
Tiada
Syarat KPSL
:
Tiada
KPSL ke
:
Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) / Penolong Jurutera Gred JA5
Syarat KPSL
:
Memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam skim perkhidmatan tersebut.
c)
RINGKASAN TUGAS
Ringkasan Tugas
:
Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan/ jentera/ peralatan awam dan mekanikal, pepasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.